SEORANG wanita tular di media sosial selepas membuat hantaran ‘nota terakhir’ yang mengakui kehidupannya tidak bahagia dan kemungkinan meninggal dunia akibat dibunuh. Mana tidaknya, dia menyatakan pelaku tersebut adalah suaminya sendiri. Menerusi hantaran yang dibuat, wanita berkenaan menyatakan tidak gembira dengan perkahwinannya dan sering bermimpi dibunuh oleh suami sendiri. Sepanjang tempoh perkahwinan juga, kedua-dua mereka sering bertengkar dan bergaduh sehingga dia mengambil keputusan untuk kembali tinggal dengan keluarga bersama anaknya. Malah sejak daripada itu, dia sering diancam bunuh oleh suaminya selepas mereka tinggal berasingan. Lebih menyedihkan apabila dia turut mengkui pernah mengadu kepada mentuanya tentang perihal suami, namun perkara tersebut tidak dipedulikan. Menurut laporan Tribune Medan, wanita terbabit meninggal dunia selepas ditikam ‘individu tidak dikenali’ semasa menghantar anaknya ke sekolah. Kejadian yang berlaku pada Jumaat pagi itu mengejutkan warga maya selepas mengetahui hantaran Facebook yang dibuat pada 1 November lalu. Rakan-rakan mangsa juga beranggapan bahawa pembunuhan tersebut dilakukan oleh suaminya sendiri. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI