suria

Sambutan hari jadi bertukar tragedi, lelaki ditikam isteri kerana cemburu

Kes tersebut dalam siasatan polis. -Gambar KhaoSod

SAMBUTAN hari jadi seorang lelaki bertukar tragedi apabila isterinya menikam dadanya angkara cemburu.

Mangsa yang merupakan warga Kemboja berusia 34 tahun itu ditikam selepas isterinya cemburu melihat dia memandang wanita lain di sebuah bar Pattaya, Thailand.

Kejadian berlaku di bilik sewa mereka pada kira-kira pukul 2.30 pagi Rabu.

Polis yang diketuai oleh Kapten Polis Itthikorn Saiyatok dari Balai Polis Bandaraya Pattaya, menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian.

Pasukan polis kemudian bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa berlumuran darah dengan banyak kesan tikaman di dadanya.

Memetik laporan KhaoSod, lelaki itu juga mengalami kecederaan di pergelangan tangan kirinya, dan dikejarkan ke hospital.

Sementara itu, terdapat tanda-tanda pergelutan di dalam bilik dengan perabot berselerak dan kek hari jadi masih berada di meja sisi katil.

Kes tersebut masih dalam siasatan. - Thaiger

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain