suria

Sayu anjing liar makan mayat penduduk Gaza di luar hospital

Mayat yang dikumpulkan untuk dikebumikan dalam kubur besar. -Gambar Al Jazeera

Mayat rakyat Palestin mula dimakan oleh anjing liar" di halaman hadapan hospital terbesar di Gaza, kata seorang ahli Parlimen.

Ketua eksekutif Bantuan Perubatan untuk Palestin (MAP) Melanie Ward memberi keterangan itu kepada jawatankuasa pembangunan antarabangsa Parlimen United Kingdom (UK), pada Selasa.

Dia menggambarkan bagaimana kakitangan di hospital al-Shifa terpaksa menggali kubur besar kerana bilik mayat telah ditutup.

Kira-kira 200 mayat dilaporkan telah dikebumikan di sana.

"Unit rawatan rapi telah dibom dan ditutup. Unit kardiovaskular dan unit bersalin juga telah dibom. Panel solar, tangki air dan penjana oksigen telah dimusnahkan.

"Berpuluh-puluh mayat dilonggokkan di halaman depan hospital, reput dan dimakan oleh anjing liar ketika bilik mayat ditutup, dan tiada siapa boleh memindahkan mereka untuk dikebumikan.

"Kakitangan kini cuba mengebumikan mereka di dalam kubur besar-besaran. Ramai yang mati kerana tidak dapat diselamatkan," katanya.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyifatkan hospital itu seperti hampir menjadi 'tanah perkuburan'.

Bercakap kepada BBC, ketua jabatan pembedahan ortopedik hospital itu, Dr Adnan al-Bursh berkata, 200 mayat telah dikebumikan di kawasan hospital.

Menurutnya, bau busuk itu sangat teruk sehingga kakitangan hospital tidak dapat membuka tingkap.

Pagi Rabu, tentera Israel mengumumkan mereka telah memasuki hospital dan menjalankan 'operasi bersasar terhadap Hamas'. - Daily Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain