SEORANG lelaki maut akibat dibunuh dengan kejam manakala kepalanya 'disembunyikan' demi upacara penyembahan dan ritual sihir ilmu hitam. Perkara tersebut dinyatakan anak mangsa ya selepas mengetahui kegiatan ritual berlangsung di kampung mereka. Malah ujarnya yang berusia 18 tahun, mendiang bapanya tidak pernah bergaduh dengan mana-mana individu sebelum ini. "Ayah saya bekerja sebagai pengimpal besi dan keluli. Dia tidak bergaul dengan sesiapa pun. "Jadi apabila berlaku kejadian ngeri seperti ini, saya yakin ia pasti berkaitan kepercayaan atau mungkin dilakukan penagih dadah," ujarnya. Terdahulu, mangsa yang berusia 53 tahun maut selepas kepalanya dipenggal seorang individu yang tiba-tiba datang menyerangnya di rumah. Menurut laporan Sanook, kejadian tersebut berlaku pada 11 November di Mukim Takhian Thong, Daerah Kanchanadit, Provinsi Surat Thani, Thailand. "Pada 13 November, polis pergi ke kawasan di mana kejadian itu berlaku bagi melakukan soal siasat dan mengumpul DNA empat orang awam yang berkawan dengan mangsa. "Salah seorang daripada suspek berkenaan dikenali sebagai Kung, berumur 50 tahun... pelbagai barangan peribadi termasuk motosikalnya turut dirampas untuk siasatan lanjut," ujarnya. Daripada siasatan awal, suspek merupakan seorang penduduk kampung yang gemar mengamalkan ritual ilmu hitam. Pada masa sama turut melakukan upacara 'korban' sebagai bahan penyembahan. Pun begitu, polis tidak menolak kemungkinan terdapat konflik peribadi antara mangsa dan suspek terbabit. "Pihak polis masih mencari kepala mangsa di beberapa lokasi melibatkan suspek," tambahnya yang turut memburu pelaku. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube