MALANG tidak berbau. Tindakan seorang lelaki berusia 54 tahun yang terjun ke dalam sungai bertugar tragedi apabila dia ditemukan mati lemas pada Ahad. Mangsa, Smithinan Dechachotthanasit, yang berasal dari wilayah Buriram, Thailand, bertindak terjun ke dalam sungai selepas pasukannya dinobatkan sebagai juara dalam sebuah pertandingan lumba bot. Menurut rakan-rakan, mangsa bertindak terjun ke dalam sungai kerana terlalu gembira dan dia mahu meraikan kemenangan pasukannya. Perlumbaan bot itu berlangsung di sepanjang Sungai Chakkarat, Phimai, di wilayah Nakhon Ratchasima. Ketika kejadian, rakan-rakan sepasukan cuba menyelamatkannya, termasuklah dengan memberi bantuan pernfasan (CPR) namun mangsa disahkan meninggal selepas dibawa ke Hospital Phimai, Smithinan. - Thaiger. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube