PELIK tapi benar. Seorang wanita membatalkan perkahwinannya pada saat akhir kerana beranggapan dia dan pasangannya tidak sesuai untuk bergelar suami isteri. Ketika berada di pentas untuk dinikahkan, pengantin lelaki membuat ucapan ringkas di hadapan tetamu sambil mengucapkan 'aku cinta kamu' kepada pasangannya. Wanita itu kemudiannya membalas dengan jawapan mengejutkan sehingga ramai tetamu yang hadir dalam majlis mereka tergamam. "Sebenarnya, saya juga cintakan kamu. Tapi bila saya pakai gaun kahwin ini dan berjalan ke dalam dewan dengan kamu, saya rasa teragalk-agak. "Saya rasa kita tak sepadan. Maafkan saya, saya tak boleh berkahwin dengan kamu," ujar wanita itu. Wanita itu kemudiannya terus mengangkat kain dan berlari keluar dari dewan perkahwinan berkenaan, meninggalkan bakal suaminya serta tetamu yang lain. Lelaki itu turut keluar untuk mengejarnya sehingga seluruh dewan kecoh. Video kejadian di Taiwan itu tular di media sosial dan turut meraih banyak komen netizen. "Sekurang-kurangnya, hormati pengantin lelaki dan tinggalkan dia dengan penuh kehormatan. Pilih waktu sesuai, bukannya depan orang ramai. Perbuatan wanita ini melampau. "Adakah pengantin perempuan rasa dia heroin dalam filem romantik? Mesti dia fikir dia hebat dapat buat seperti itu," tulis netizen di media sosial. - Thaiger. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube