suria

Pekerja pembersihan warga emas penuhi impian jadi penari balet

Warga emas ini mengejar impiannya untuk menjadi penari balet.

TIADA apa yang mustahil dengan usaha dan iltizam.

Seorang warga emas tular di media sosial China kerana mengejar impiannya dengan mengikuti kelas tarian balet sejak sedekad lalu.

Liu Ziqing, 63, meminati balet sejak kecil selepas menonton pertunjukan The Red Detachment of Women pada awal tahun 1960-an lebih daripada 10 kali tetapi tidak berpeluang mempelajarinya.

Membesar dalam keluarga yang kurang berkemampuan di sebuah kampung berhampiran bandar Baotou, tumpuan utama Ziqing adalah sentiasa membantu keluarganya mencari pendapatan.

Ziqing akhirnya menjadi seorang petani sambil bekerja sebagai pembersih jalanan untuk memenuhi keperluan hidup.

Lelaki itu tidak pernah melupakan minatnya dan pada usia 53 tahun, dia memutuskan untuk menjadi penari balet.

“Saya berfikir untuk menari selama bertahun-tahun. Pada suatu hari, saya melihat kursus latihan asas balet di televisyen dan mencetuskan idea untuk cuba belajar menari,” kata Ziqing dalam satu temu bual.

Balet bukan sahaja menjadikannya seorang lelaki yang gembira, tetapi dia yakin bahawa tarian itu memberikan kebaikan untuk kesihatannya juga. - beijingtimes.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain