TERUS dibayangi serangan mengejut Hamas pada 7 Oktober lalu, perisik Israel mendakwa pemimpin kumpulan pejuang yang pernah 'terbunuh' pada 2014 itu adalah dalang. Malah mereka menyatakan, gambar Mohammed Sinwar yang berlumuran darah adalah lakonan semata-mata bagi tujuan melindunginya selepas terselamat daripada enam percubaan serangan. Bercakap kepada Telegraph, bekas ketua anti-pengganas Mossad menyatakan, Mohammed Sinwar adalah salah satu teras dalam pasukan Hamas yang merancang serangan 7 Oktober. Dia turut menyifatkan individu tersebut sebagai seorang yang sangat penting dalam kepimpinan psaukan. “Dia berada di nombor tujuh dalam senarai orang yang dikehendaki, bersama-sama Mohammed Deif, Marwan Issa dan Tawfiq Abu Naim. "Dia tokoh penting dan pasti masih hidup," katanya. Mohammed Sinwar ialah adik kepada Yahya Sinwa, pemimpin Hamas di Gaza dan individu yang paling dikehendaki Israel kerana dipercayai membantu membebaskan abangnya dari penjara Israel pada 2011. Dia juga dianggap sebagai 'pakar' dalam menggunakan penculikan untuk mendapatkan pembebasan banduan, menurut Ronen Solomon, seorang penganalisis perisikan dan pengarang blog Intelli Times. Terdahulu, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu menegaskan bahawa tidak akan ada gencatan senjata dalam perang menentang Hamas sehingga semua tebusan dikembalikan. Dia turut menyatakan bahawa Israel tidak akan berhenti sehingga berjaya menyelesaikan misi dengan matlamatnya hanya untuk menang. Israel disokong oleh Presiden AS Joe Biden yang mempunyai sokongan politik dan etika pentadbiran Amerika. Selain menolak gesaan untuk gencatan senjata dia sebaliknya beranggapan satu-satunya cara untuk mencapai keamanan ialah dengan menghapuskan Hamas. Konflik antara Israel dan Palestin terus memuncak dengan lebih 11,000 rakyat Palestin terbunuh dan angka kematian Israel mencecah lebih 1,200. - Daily Star Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube