KETIKA beribu-ribu penduduk Palestin cuba mencari ruang di pusat perlindungan Gaza atau bergerak ke selatan untuk menyelamatkan diri daripada serangan Israel, mereka kini berhadapan satu lagi masalah iaitu penyakit berjangkit. Menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), penyakit berjangkit seperti cirit-birit dan cacar air semakin meningkat di Gaza selain memberi amaran tentang risiko kolera. Selain itu, kerosakan infrastruktur di Gaza menyebabkan bahan tercemar tersebar melalui saluran air, sekali gus menimbulkan krisis kekurangan air minuman bersih untuk penduduk. ARTIKEL BERKAITAN: Pintu hadapan ditutup, ribuan terperangkap di Hospital al-Shifa! Tentera Israel halang ambulan keluar atau masuk dari kawasan pertempuran Berdepan dengan batasan sedemikian, ramai penduduk di Gaza juga bersesak-sesak di pusat perlindungan yang berpotensi mempercepatkan penyebaran penyakit. Beribu-ribu yang lain juga terpaksa berjalan beramai-ramai dari utara ke selatan Gaza berikutan tekanan Israel untuk berpindah. - Al-Jazeera. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube