suria

Tragis! Bayi berusia 16 bulan lumpuh, hilang lebih 60 ahli keluarga akibat serangan udara Israel

Melissa yang baru berusia 16 tahun kini lumpuh akibat serangan udara tentera Zionis. -Gambar Aljazeera

DALAM sekelip mata, kehidupan seorang anak kecil ini berubah 180 darjah.

Melissa Joudah, si kecil yang baru berusia 16 bulan bukan sahaja kehilangan kira-kira 68 ahli keluarga, malah dia juga mengalami kecacatan kekal akibat serangan udara tentera Zionis di Gaza, baru-baru ini.

Ahli keluarga terdekat Melissa, Yasmeen Joudah berkata, anak saudaranya itu mengalami kecederaan pada saraf tunjang sekaligus menyebabkannya lumpuh daripada paras dada hingga kaki.

Disebabkan keadaan tersebut beserta dengan kekangan fasiliti kesihatan di Gaza, Melissa sangat memerlukan rawatan perubatan di luar negara, menurut ketua jabatan ortopedik di Hospital Syahid Al-Aqsa, Dr Ayman Harb.

"Gadis kecil itu secara fizikalnya stabil, dalam erti kata dia lumpuh dari dada ke bawah,"

"Tetapi fisioterapi dan sokongan moral harus menjadi langkah seterusnya," katanya lagi.

Ditanya tentang peluang Melissa, Harb begitu bersifat pesimis.

"Masa depannya adalah penderitaan," katanya terus terang.

"Dia akan menghabiskan sisa hidupnya di atas kerusi roda,"ujarnya lagi.

Dilaporkan angka kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel di Semenanjung Gaza telah meningkat kepada 11,180 sejak konflik bermula pada 7 Oktober. -Aljazeera

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain