BIADAB dan melampau! Itulah perkataan sesuai bagi menggambarkan perbuatan seorang remaja yang menghina al-Quran dengan meletakkan kitab suci itu pada kemaluannya. Remaja yang dikenali sebagai Nauval Wira Hakim, 19, juga dilaporkan mengaku kepada pihak polis dia melakukan onani pada kitab suci umat Islam itu selain membuang air kecil di atasnya. Dia yang berasal dari Tanah Datar, Sumatera Barat, Indonesia merakam perbuatan tersebut dalam keadaan berbogel, di mana foto aksi itu kemudian tersebar secara meluas di media sosial. Susulan tindakannya itu, warga maya mengecam tindakan remaja terbabit dan meminta pihak polis segera memberkasnya. Pihak polis berjaya menahannya tidak lama selepas foto tidak bermoral itu tular. Ketika disoal siasat, dia mengaku berbuat demikian kerana wang. Menurutnya, dia telah dihubungi seseorang melalui aplikasi pesanan Telegram yang menawarkannya wang sebanyak Rp50,000 (RM15) untuk melakukan perbuatan terkutuk itu. Polis kini sedang menyiasat kes tersebut selain memaklumkan remaja itu akan dirujuk kepada pakar psikologi. Menghina al-Quran dengan melakukan perbuatan sedemikian adalah haram dan umat Islam yang melakukannya harus bertaubat dengan memohon keampunan daripada Allah. Bagaimanapun setakat ini identiti agama suspek adakah dia seorang Muslim atau sebaliknya tidak didedahkan. -Tribunnews Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube