suria

Penumpang buka pintu kecemasan ketika hendak berlepas... Lompat dari pesawat dan berlari di landasan

Seorang lelaki membuka pintu kecemasan ketika pesawat hendak berlepas.

APAKAH yang difikirkan?

Seorang lelaki di Louisiana, Amerika Syarikat ditahan apabila tanpa sebab membuka pintu kecemasan sebuah pesawat

Dia kemudiannya memanjat sayap pesawat untuk melarikan diri sebelum ia berlepas dari landasan.

Pejabat Syerif Jefferson Parish melaporkan bahawa lelaki itu ditahan petang Ahad lalu selepas keluar dari pintu kecemasan pesawat dan berlari di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Louis Armstrong New Orleans.

Ketika kejadian, pesawat milik syarikat penerbangan Southwest Airlines itu masih berada di terminal dan bersiap sedia untuk berlepas.

Gambar yang dirakam di lokasi kejadian memaparkan pintu kecemasan pesawat terbuka, manakala lelaki tersebut diiring polis dengan tangan bergari.

Saksi berkata, lelaki itu memanjat sayap pesawat sebelum melompat ke landasan. Dia kemudian cuba mencuri sebuah trak pekerja di landasan sebelum dihalang pihak berkuasa.

Dia dipercayai mengalami ‘kecemasan kesihatan mental’.

Selepas mengalami kelewatan, pesawat itu akhirnya berlepas ke Atlanta dan meneruskan destinasi akhir di Baltimore. - New York Post

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain