suria

Penduduk kampung musykil lihat beca bergoyang! Pergi terjah rupanya 2 lelaki tua sedang bermesra tanpa seurat benang

Dua lelaki gay ditangkap melakukan perbuatan tidak senonoh di dalam sebuah beca.

DUA lelaki warga emas ditangkap oleh penduduk sebuah kampung di Medan, Indonesia ketika melakukan hubungan seks di dalam sebuah beca.

Menerusi permulaan video yang tular, sebuah beca kelihatan bergoyang, sekali gus menimbulan syak wasangka dalam kalangan penduduk setempat.

Kemudian, seorang lelaki yang memegang sebatang kayu dilihat berjalan mengampiri beca itu untuk mengetahui apa yang sedang berlaku.

Tidak lama kemudian, dua lelaki tua dapat dilihat berada dalam keadaan berbogel di dalam beca berkenaan.

Selepas perbuatan terkutuk itu 'kantoi', kedua-dua lelaki berkenaan segera memakai pakaian mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Kahwini lelaki gay, isteri dah 3 tahun tak disentuh cari kekuatan untuk angkat kaki - “Kalau dasar pelangi, susah nak ubah”

Video itu turut menunjukkan salah seorang daripada pelaku mengangkat tangan meminta belas ihsan penduduk selepas mereka ditangkap.

Dalam pada itu, seorang penduduk setempat dikenali sebagai Roni mengesahkan kejadian itu berlaku pada Ahad lalu.

"Pada mulanya ada penduduk melihat beca itu bergoyang. Selepas itu, penduduk lain datang dan terkejut melihat dua lelaki melakukan perbuatan kotor di dalam beca," kata Roni. - Detik.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain