suria

Suami isteri halau anak bongsu, beri alasan mahu pindah ke rumah lebih kecil... Boleh jimat kos

Rumah merupakan elemen penting dalam institusi kekeluargaan. -Gambar hiasan

PELIK tapi benar.

Seorang bapa tular di media sosial selepas dia membuat keputusan untuk mengusir anak lelakinya yang berusia 19 tahun.

Menurut bapa kepada tiga cahaya mata itu, dia dan isterinya membuat keputusan berkenaan kerana mahu berpindah ke rumah yang lebih kecil.

Jelas lelaki itu lagi, anak sulung dan anak keduanya sudah mempunyai kehidupan sendiri manakala si bongsu yang berusia 19 tahun masih menetap bersamanya.

"Kami suami isteri umur 45 tahun. Anak pertama dan kedua dah berpindah. Kini hanya ada anak bongsu di rumah. Kami bercadang nak jual rumah untuk 'mengecilkan' kehidupan.

"Kami mahu berpindah ke bandar kecil. Kami tak perlukan rumah besar sebab kami rancang untuk pergi melancong dengan kerap. Anak bongsu kami tak gembira dengan keputusan ini. Dia kata tak adil.

"Jika dia berjaya cari tempat tinggal baharu, saya berhasrat untuk tanggung dia dulu buat sementara waktu. Tapi dia kata tak sempat nak cari rumah dan pekerjaan dalam masa beberapa bulan" ujar lelaki itu.

Dalam perkongsian sama, lelaki yang tidak mendedahkan identitinya itu mendakwa anak-anaknya juga tidak melayannya dengan mesra.

"Anak tuduh kami utakaman persaraan. Dia siap libatkan adik-beradiknya yang lain. Apa yang mengejutkan, dua anak saya turut menyokong anak bongsu saya.

"Saya rasa tak masuk akal mereka mahu kami 'tangguh' kehidupan beberapa tahun lagi hanya untuk biarkan si bongsu tinggal dengan kami," ujarnya.

Dia berkongsi hal itu untuk bertanya pendapat, namun rata-rata netizen menyelar keputusan yang dibuat oleh pasangan suami isteri berkenaan. - Somecards.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain