suria

Kejadian aneh kubur berasap, liang lahad keluar api... Terdengar jeritan minta tolong

Tangkap layar video kubur berasap dan mengeluarkan api. -Sumber IG almanmulyana15

KECOH di media sosial mengenai beberapa siri kejadian luar biasa sejumlah kubur, dipercayai berlaku di Arab Saudi.

Salah satu fenomena aneh itu apabila kelihatan api keluar dari liang lahad.

Memetik laporan OkeZone, video itu dimuat naik oleh seorang pengguna Instagram, @almanmulyana15 pada Isnin.

Menurutnya, kejadian itu bukan sahaja berlaku di satu lokasi, malah di beberapa kawasan.

Malah, beberapa kubur didakwa runtuh, termasuk mengeluarkan asap dan bau busuk.

Dalam klip itu, salah satu kubur dilihat mengeluarkan api dan asap.

Namun, tidak diketahui punca ia terbakar. Segelintir netizen bagaimana membuat andaian bahawa ia mungkin petunjuk berkaitan dengan azab kubur.

"Apakah ini tandanya? Adakah ini azab kubur? Na'udzubillah," kata Alman Mulyana, seorang YouTuber yang sudah lama bekerja di Arab Saudi.

Seekor ular ditemui dalam liang lahad.

Selain itu, terdapat juga fenomena aneh mengenai kemunculan ular di liang lahad sebelum jenazah dikebumikan.

Terdapat laporan bahawa ular yang muncul di kubur itu bukan spesies yang biasa ditemui di padang pasir.

Susulan kejadian itu, orang ramai menimbus semula kubur itu kerana bimbang ia merupakan ular 'ghaib'.

Turut diceritakan adalah kisah kedengaran jeritan kuat meminta pertolongan hanya beberapa langkah selepas jenazah dikebumikan.

"Apa yang anda rasa tanda orang meminta pertolongan? Adakah ini azab kubur? Wallau a'lam, hanya Allah yang tahu. Semoga kita semua terhindar daripada azab kubur. Amin, rabbal alamin," akhirinya.

Sementara itu, dengan mengingati mati, ia bukan sahaja boleh menimbulkan rasa sesal di atas dosa yang dilakukan, malah ia boleh melahirkan ketakutan untuk meneruskan perbuatan yang dilarang oleh Allah.

Dengan itu, jika seseorang ingin mati dalam keadaan baik dan diredai Allah maka hendaklah sentiasa berdoa kepada Allah dengan doa: Ya Allah, matikanlah kami dalam keadaan husnul khatimah dan janganlah Kamu matikan kami dalam keadaan su’ul khatimah.

Jika kita jaga Allah, Allah pasti akan menjaga kita. Marilah kita sama-sama merenungi perkara ini dan banyak mengucapkan syukur Alhamdulillah atas nikmat yang tidak terhingga banyaknya kita nikmati semasa dunia ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain