suria

Kakak bikin kecoh ganti adik di majlis kahwin, naik pelamin jadi ‘pengantin baharu’

Kanan Khalisa sekali lagi 'naik pelamin' bersama suami. Kiri ketika berkahwin pada 2018. -Gambar TT @ibu_khalisa

SEPASANG suami isteri menjadi perhatian apabila kembali menjadi 'pengantin baharu', bagi menggantikan adik dan adik ipar mereka.

Kisah mereka menjadi tular di media sosial dan hangat diperkatakan dalam kalangan netizen.

Wanita berkenaan, Khalisa mendedahkan dia dan suaminya sudah bernikah lima tahun lalu, tetapi menjadi 'pengantin baharu' di majlis resepsi adik dan iparnya.

Majlis persandingan di Indonesia itu mengikut tradisi Jawa, dan turut disertai anak kecil pasangan berkenaan.

Sepanjang majlis berlangsung, Khalisa dan suami tidak dapat menahan ketawa apabila merasai pengalaman berkahwin sekali lagi.

Menerusi satu perkongsian di TikTok, Khalisa menjelaskan bahawa acara resepsi itu sepatutnya untuk adiknya.

Namun, hasrat itu terpaksa dilupakan berikutan adiknya baru bersalin dan tidak dapat untuk menghadiri majlis resepsi.

Majlis tidak mungkin dibatalkan kerana semua persiapan telah dibuat.

"Adik saya tidak dapat join resepsi kerana dia bersalin.

"Sudah tahu due date dia, cuma majlis itu dekat dengan due date," tulis Khalisa di ruangan komen.

Menurut Khalisa, majlis itu diadakan pada tarikh yang baik mengikut kepercayaan masyarakat Jawa.

"Adik kami sudah bernikah setahun lepas. Mereka nikah dulu dan belum lagi membuat majlis resepsi," ujar Khalisa lagi.

Susulan itu, Khalisa dan suaminya menyelamatkan keadaan dengan menggantikan sebagai pengantin.

Video yang tular itu menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

"Anaknya tidak akan bertanya mengapa tidak dijemput ke majlis perkahwinan mak ayah sebab dah ada dalam gambar kahwin," komen netizen. - Tribun Jatim

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain