suria

Gadis dirogol 2 pemandu bas, seorang berjaya ditangkap selepas kejadian disedari penumpang lain

Insiden tersebut berlaku dalam sebuah bas persendirian yang dalam perjalanan dari Jaipur ke Uttar Pradesh. -Gambar hiasan

SEORANG gadis diperkosa dua pemandu bas ketika menaiki kenderaan tersebut yang dalam perjalanan dari Jaipur ke Uttar Pradesh.

Dalam kejadian yang berlaku pada malam antara 9 Disember dan 10 Disember lalu, mangsa yang berusia 20 tahun dari Dalit, sedang duduk di tempat duduk penumpang bas persendirian tersebut sebelum diperkosa dua suspek yang dikenali sebagai Arif dan Lalit.

Ketua Balai Polis Kanota, Bhagwan Sahay Meena berkata, Arif telah berjaya dicekup dan kini menghadapi pertuduhan, manakala Lalit melarikan diri dan kini dalam buruan polis.

Tambah Bhagwan Sahay, terdapat beberapa penumpang lain di dalam bas tersebut, manakala mangsa berada di dalam kabin yang ditutup dari dalam.

Mangsa menekan penggera sebelum penumpang lain berjaya menghentikan bas tersebut lalu menangkap Arif, namun Lalit berjaya melepaskan diri. -NDTV

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain