suria

Gempar bayi lahir ada ‘ekor’ 14cm

Seorang bayi menjalani pembedahan bagi membuang ekor.

SEPASUKAN doktor berjaya melakukan pembedahan mengeluarkan 'ekor' berukuran 14 sentimeter (cm) pada seorang bayi berusia empat bulan.

Memetik portal Tuoi Tre News, bayi tersebut dimasukkan ke Hospital Kanak-Kanak Than Hoa, Vietnam pada awal bulan ini sebelum ekornya dibuang.

Terdahulu, doktor mengesan terdapat kecacatan kelahiran pada bayi yang digelar meningocele di mana sebahagian meniges menolak tulang belakang.

Keadaan ini menyebabkan kawasan timbul di bawah kulit, sekali gus wujudnya lebihan ekor.

Pembedahan selama dua jam dilakukan bagi membuat ekor tersebut.

Pembedahan selamat dilakukan dan bayi itu dibenarkan pulang selepas 10 hari penjagaan dan pemerhatian tanpa sebarang komplikasi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain