suria

Mesyuarat bertukar huru-hara, ahli parlimen baling 3 bom tangan ke dalam bilik

Insiden mengejutkan apabila seorang ahli parlimen nekad mengebom bilik mesyuarat.

MESYUARAT yang sedang dijalankan berakhir dengan tragedi!

Seorang anggota Parlimen Ukraine, Sergey Batrin membaling tiga bom tangan semasa mesyuarat tempatan di Keretskivska, dalam wilayah Transcarpathia, Rusia.

Menurut Kementerian Dalam Negeri Ukraine, kejadian itu menyebabkan 26 ahli majlis tempatan cedera dengan enam daripada mereka parah.

Insiden berlaku pada pagi Jumaat di sebuah bangunan di daerah Mukachevo.

Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika ahli-ahli jawatankuasa berkenaan mengadakan mesyuarat mengenai bajet 2024.

Pasukan polis, unit bahan letupan dan detektif dikerah melakukan siasatan di tempat kejadian.

Kenyataan daripada Perkhidmatan Keselamatan Ukraine mendedahkan bahawa siasatan sedang dijalankan, manakala kejadian itu dikategorikan sebagai jenayah keganasan. - The Sun

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube