GEMPAR penemuan lima mayat tanpa identiti di Universiti Primna Indonesia (UNPRI), Kota Medan, Sumatera Utara. Menurut ketua polis tempatan, Teuku Fathir Mustafa, pihaknya sedang giat menjalankan siasatan berhubung penemuan empat mayat lelaki dan satu mayat wanita itu. “Mayat-mayat itu ditemukan di salah satu aras di blok universiti,” katanya Terdahulu tular rakaman video yang menunjukkan lokasi mayat-mayat itu ditemukan di pusat pengajian terbabit. Bertindak atas rakaman tersebut, anggota polis bergegas ke tempat kejadian pada malam Isnin. Walaupun begitu, anggota polis dilaporkan dihalang dari memasuki premis oleh pihak pengurusan universiti. Sementara itu, mayat-mayat yang ditemukan tersebut dikatakan berkemungkinan adalah untuk tujuan kajian para pelajar jurusan kedoktoran di UNPRI. "Mungkin itu mayat cadaver kot, jasad yang sudah dipersetujui untuk didermakan bagi tujuan sains. "Tetapi mengapa dibiarkan bergelimpangan macam tu? Ia seharusnya dijaga dengan sepenuh cermat sebagai tanda hormat kepada si mati," kata sebahagian penuntut universiti berteka-teki. Sementara itu, Timbalan Dekan Fakulti Kedoktoran UNPRI, Kolonel Purn Susanto mengatakan dia yakin tidak ada kes pembunuhan berlaku di dalam kampusnya. "Jika benar ada berlaku kes pembuhan besar-besaran seperti yang didakwa, saya adalah orang pertama yang akan tahu dan melapaorkannya kepada pihak berkuasa," ujarnya. -KumparanNEWS Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube