suria

Ahli keluarga jatuh sakit, sering ditimpa malang... Misteri terjawab selepas barang aneh ditemukan di bawah lantai rumah

Beberapa barang aneh ditemui di bawah lantai rumah wanita berkenaan. -Gambar Thaiger

PELBAGAI kejadian misteri yang berlaku terhadap sebuah keluarga akhirnya terjawab selepas beberapa barang aneh ditemukan di bawah lantai rumah.

Pemilik rumah berkenaan yang merupakan seorang wanita berusia 28 tahun, berkongsi mengenai penemuan aneh tersebut dan kejadian misteri yang menimpa keluarganya dalam Facebook.

Menurut wanita berkenaan, dia ditimpa nasib malang sejak berpindah ke rumah tersebut yang terletak di wilayah Surat Thani, Thailand.

Ujarnya, rumah tersebut dibina oleh ibu bapanya pada 2021 dan terletak berdekatan dengan kediaman orang tua dan adik kembarnya, selain ahli keluarga lain turut tinggal berhampiran.

Ia bermula apabila ibunya jatuh sakit dan terlantar di katil selama dua bulan, diikuti oleh bapa dan adik beradiknya yang turut mengalami nasib yang sama.

Pada akhir 2022, seorang dukun memeriksa rumah wanita tersebut dan mengarahkan bapanya untuk menggali lubang di bawah pokok yang berada di laman belakang.

Mengejutkan apabila mereka menemui botol yang mengandungi rambut dan cecair kuning.

Nasib malang bagaimanapun terus menimpa hidup wanita tersebut termasuk berkaitan rumah tangganya dan kewangan.

Pada 9 Disember, dia sekali lagi meminta bantuan dukun berkenaan yang akhirnya berjaya mengesan objek di bawah lantai rumahnya.

Objek itu merupakan beg yang mengandungi pelbagai barangan, termasuk limau purut, paku, lilin lebah purba, gigi haiwan, sehelai kain yang direndam dalam cecair kuning dan sebagainya.

Apa yang mengejutkan, ia juga mengandungi 'mesej' yang mengatakan bahawa rumah itu akan berantakan pada 2023, ibunya bakal ditimpa penyakit dan akan berlaku kematian pada 2024.

Wanita itu tidak mengetahui dalang kepada perbuatan berkenaan namun percaya dia menghantar ilmu hitam untuk membinasakan keluarganya.

Dia kemudian meletakkan barang-barang yang ditemui itu di tokong rumahnya dan merayu pelakunya untuk menghentikan tindakan tersebut. -Thaiger

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain