suria

Dendam putus cinta, pemuda sebar video bogel bekas kekasih di media sosial

Platform media sosial mempunyai banyak bahaya yang menanti jika seseorang itu cuai. -Gambar hiasan

HANYA kerana mengenang hubungan romantis yang tidak menjadi, seorang lelaki sanggup mengaibkan bekas teman wanitanya bagi memuaskan rasa amarah di hati.

Dalam satu kejadian di Bangka Selatan, Indonesia, seorang pemuda tergamak menyebarkan video bekas kekasihnya yang sedang bertelanjang di aplikasi WhatsApp.

Pemuda berumur 30 tahun terbabit dilaporkan sudah diberkas pihak berkuasa tempatan kerana tindakannya yang keterlaluan itu.

Dikenali sebagai Riko Tampati atau nama panggilannya Kidal, dia berbuat sedemikian selepas teman wanitanya memutuskan hubungan percintaan antara mereka.

Harapannya adalah apabila tersebar video lucah itu, ia dapat memaksa bekas kekasihnya kembali menjalinkan hubungan bersamanya.

Ketua Polis tempatan, Tiyan Talingga berkata, hasil siasatan mendapati suspek nekad menyebarkan video tersebut kerana rasa sakit hati hubungan mereka diputuskan oleh teman wanitanya.

Riko dituduh melanggar undang-undang maklumat dan transaksi elektronik kerana menyebarkan kandungan tidak sopan.

Tambah Tiyan, Riko boleh dihukum penjara maksimum enam tahun dan denda satu juta rupiah (RM300.63) jika didapati bersalah.

Sebagai peringatan, menyebarkan aib dan fitnah di platform media sosial adalah satu perbuatan yang dilarang di sisi agama dan boleh menjerumuskan seseorang itu ke kancah kebinasaan pada hari akhirat kelak. - Serambi News

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan