suria

Hubungan sulit terbongkar, warga emas nekad tembak isteri dan anak lelaki

Suspek (dua,kiri) diberkas polis dan berdepan tuduhan cubaan membunuh. -Gambar/Thaiger

SEORANG lelaki bertindak menembak isteri dan anaknya selepas mereka mengetahui mengenai hubungan sulitnya dengan seorang wanita lain.

Difahamkan, kedua-dua beranak itu kini berada di dalam keadaan kritikal.

Menurut polis di wilayah Suphan Buri, Thailand, suspek yang dikenali sebagai Prayoon, 64, bertindak sedemikian selepas isteri dan anaknya turut mengetahui dirinya 'memanjakan' wanita simpanannya dengan wang dan hadiah.

Polis yang bergegas ke rumah keluarga berkenaan di daerah Song Phi Nong selepas mendapat maklumat, menemui Prayoon sedang duduk dengan sepucuk pistol berada di tangannya sebelum ditangkap.

Sementara itu isterinya, Chutima, 61, dan anak lelakinya, Narongdate yang berumur 32 tahun dihantar ke hospital oleh seorang jiran sebelum polis tiba.

Prayoon berdepan tuduhan cuba membunuh dan jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara antara 15 tahun hingga 20 tahun. -Thaiger

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan