suria

Israel alami kekalahan tempur terburuk, hadapi isolasi diplomatik sejak serangan ke atas Gaza pada Oktober

Konflik antara Palestin-Israel berlarutan sejak Oktober lalu.

ISRAEL mengumumkan kekalahan tempur terburuknya dalam tempoh lebih sebulan selepas serangan dilancarkan di Gaza.

Negara itu juga menghadapi isolasi diplomatik yang semakin meningkat seiring dengan jumlah kematian orang awam yang meningkat dan bencana kemanusiaan di wilayah Palestin yang semakin teruk.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu bagaimanapun berkata tenteranya akan terus berjuang walaupun mendapat tekanan antarabangsa untuk melaksanakan gencatan senjata.

"Kami meneruskan sehingga akhir, sehingga kemenangan, sehingga Hamas dimusnahkan," katanya kepada tentera di Gaza melalui radio.

"Saya mengatakan ini di tengah-tengah penderitaan yang teruk dan di tengah-tengah tekanan antarabangsa. Tiada apa yang akan menghalang kami," katanya.

Israel melaporkan 10 askarnya terbunuh dalam tempoh 24 jam yang lalu, termasuk seorang kolonel dan seorang leftenan kolonel yang memimpin markas dan rejimen.

Ia merupakan jumlah korban terburuk dalam sehari, sejak 15 askarnya terbunuh pada 31 Oktober. -Reuters

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain