suria

Ketagih minum ‘bubble tea’, wanita dibedah keluarkan 300 batu karang

Lebih 300 batu karang ditemui dalam buah pinggang seorang wanita di Taiwan.

LEBIH 300 batu karang dikeluarkan dari buah pinggang seorang wanita berusia 20 tahun selepas dimasukkan ke hospital kerana demam dan sakit belakang yang teruk.

Doktor mengesan Xiao Yu mengalami bengkak buah pinggang yang dipenuhi batu, menerusi penggunaan alat ultrabunyi di sebuah hospital di Tainan, Taiwan.

Pihak hospital melakukan rawatan antibiotik dengan mengalirkan cecair dari buah pinggang dan melakukan pembedahan invasif untuk membuang batu yang menyerupai roti kukus kecil.

Imbasan CT mendedahkan, batu karang itu berukuran kira-kira lima milimeter hingga dua sentimeter serta terdapat peningkatan jumlah sel darah putih.

Dr Lim, yang melakukan pembedahan itu memberitahu, pesakit itu lebih suka meminum teh bubble (boba) berbanding air kosong.

Bagaimanapun, batu karang boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuk kecenderungan genetik, penyakit kronik, dan diet yang kaya dengan kalsium dan protein.

Keadaan pesakit dilaporkan stabil selepas pembedahan dan telah keluar dari hospital. -DETIK.COM

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain