MALANG tidak berbau! Begitulah kisahnya untuk seorang lelaki di daerah Merauke, wilayah Papua Selatan, Indonesia apabila dia kehilangan jari akibat bermain mercun. Mercun jenis kembang bunga itu dikatakan sudah tamat tempoh dan meletup pada masa yang tidak disangka-sangka. Mangsa yang dikenali sebagai Juardi, 25, dilaporkan hancur jarinya selepas dia cuba menyalakan mercun di luar rumahnya pada malam Rabu lalu. “Letupan berlaku ketika mangsa sendiri menyalakan mercun yang baru dibeli. "Namun, tanpa diketahuinya, mercun yang hendak dibakar itu sudah tamat tempoh. “Dia kini dirawat di hospital. Jarinya hancur selepas mercun itu meletup,” kata Ketua Pegawai Perhubungan Masyarakat Polis Merauke, Ahmad Nurung. Ahmad menggesa orang ramai supaya lebih berhati-hari ketika bermain mercun khususnya pada malam sambutan ambang tahun baharu. Dia turut melarang peniaga untuk menjual mercun tamat tempoh kepada pelanggan. - Detik.com Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube