BEKAS ratu cantik Miss Bolivia ditangkap oleh polis atas tuduhan menyeludup senjata api. Alondra Mercado Campos kini ditahan di Penjara Wanita Trinidad, Beni. Polis dilaporkan merampas stok senjata api dan peluru AK-47 di rumah ratu cantik itu. Wanita itu akan ditahan selama 30 hari dalam tahanan pra-perbicaraan sehingga perbicaraan pertamanya di mahkamah, menurut laporan tempatan. Ujian forensik pada keretanya juga mungkin memberikan bukti untuk tuduhan dadah, kata pendakwa raya. Pasangannya, yang tidak dinamakan, kini dalam buruan dan dikehendaki untuk disoal siasat berhubung pengedaran dadah. Timbalan Pendakwaraya Jabatan Beni Geraldo Balderas berkata: "Teman lelaki wanita itu sedang disiasat kerana mengedar bahan terkawal dan merupakan seorang pelarian." Untuk rekod, Campos memiliki 40,000 pengikut Instagram dan terkenal kerana sering memuat naik foto berbikini untuk tatapan peminatnya. - Daily Star. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube