suria

Gelandangan sanggup ikat perut, utamakan beri makan anjing liar

Kemurahan hati seorang gelandangan membuatkan ramai cair hati.

"TIDAK apa kalau saya tak makan, tapi awak kena makan."

Baru-baru ini, sebuah perkongsian daripada Saad Khan tentang seorang gelandanggan dan seekor anjing liar mendapat perhatian warga maya.

Video yang dirakam di jalanan Bandara, Mumbai itu tular dengan pantas dan sehingga kini dikongsikan ke seluruh dunia.

Kelihatan di dalam video, susuk tubuh kurus lelaki gelandangan itu sedang duduk berehat di tepi jalan.

Memetik dari India Today, lelaki itu dilihat berkongsi makannya dengan anjing liar itu, memastikan haiwan kecil itu terus kuat untuk hidup.

Rata-rata komen memuji tindakan lelaki itu, dengan menegaskan bahawa lelaki itu memiliki hati yang mulia.

“Bertemu Baba Ji yang sangat baik hati ini di luar studio Purple Haze. Tidak pasti bila kali terakhir dia makan, dia mengutamakan memberi makan kepada anjing kecil ini,

"Orang seperti dia mengajar kita bahawa tidak perlu banyak untuk menjadi baik,” kata warga maya. - India Today

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain