suria

Lelaki tunggu 41 tahun untuk jumpa ibu kandung, akhirnya momen manis bertukar tragedi

Steven Smith bersama ibu angkatnya.

KEMPUNAN nak jumpa ibu!

Dipisahkan selama 41 tahun, lelaki ini akhirnya bertemu dengan ibu kandungnya, namun dalam keadaan tidak bernyawa.

Steven Smith, seorang lelaki Britain yang sudah menunggu sekian lama, dikejutkan dengan penemuan mayat ibu kandungnya di London pada tahun 2021.

Menurutnya, dia terdesak untuk mengetahui tentang keberadaan ibu kandungnya apabila keseluruhan masa kanak-kanaknya dihabiskan di rumah keluarga angkat.

“Saya hanya mahu tahu daripada mana saya berasal, saya mahu tahu salasilah keluarga saya.

"Akhirnya hari ini saya dah dapat jawapannya.” kata Steven.

Bapa kepada empat anak itu mengambil ujian sampel asid deoksiribonukleik (DNA) pada tahun 2020 dan berjaya menjejaki abang dan kakak kandungnya yang ternyata tinggal hanya 30 minit dari rumah.

Selepas mendapat tahu lokasi ibu kandungnya dari kakak dan abangnya itu, lelaki tersebut terus ke rumah ibunya sambil ditemani puteri sulungnya.

“Ketika sampai di rumah itu, saya mendapati banyak surat-surat berlonggokan dan pintu yang tak berkunci," katanya.

Dia beberapa kali memanggil nama ibunya namun setelah tiada sahutan, dia kemudiannya memutuskan untuk masuk ke dalam rumah.

“Saya berjalan melalui dapur dan ketika itu saya melihat sekujur mayat di bilik air, saya terus berlari dan menyuruh anak saya menghubungi nombor kecemasan.” katanya.

Beberapa minit kemudian, pihak polis tiba di tempat kejadian dan mayat ibunya diuruskan oleh Steven bersama adik-beradik yang baru dijumpai beberapa minggu sebelum itu.

Selepas insiden tersebut, dia meneruskan misinya untuk mencari ayah kandungnya yang bernama Frank.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain