suria

Darurat diisytiharkan di Ecuador, kartel dadah lancar serangan besar-besaran ke seluruh negara... Staf stesen TV jadi tawanan

Anggota tentera diberikan kuasa penuh untuk mengawal keadaan di Ecuador.

DARURAT disytiharkan di Ecuador susulan serangan kartel dadah yang mencetuskan situasi kucar-kacir di seluruh negara.

Pada Selasa, seorang pemimpin kumpulan jenayah di Ecuador dengan pengaruh yang besar dikenali sebagai Adolfo Macias Villamar berjaya meloloskan diri dari penjara.

Anggota kartel dadah kemudiannya menawan penjara dan mengambil beberapa pengawal penjara yang bertugas sebagai tebusan.

Melihat kepada pertumpahan darah yang berlaku di beberapa lokasi panas di seluruh Ecuador, presiden negara terbabit memberikan kuasa penuh kepada angkatan tentera untuk mengawal keadaan.

Dalam pada itu, sebuah stesen televisyen di Ecuador turut digempur oleh anggota kartel dadah ketika sedang bersiaran langsung.

Beberapa individu bersenjata api dilihat masuk ke dalam studio selain bunyi tembakan dan jeritan kedengaran menerusi siaran langsung itu.

Anggota kartel dadah itu seterusnya menghampiri beberapa staf kakitangan stesen televisyen berkenaan sebelum siaran dimatikan. - CNN

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain