suria

Bertahun obses isteri rakan, lelaki akhirnya 'bawa lari' ke hotel... Mujur ada rakaman CCTV di stesen bas

Tangkap layar sewaktu wanita ini diculik -Gambar Channel 7

SEORANG lelaki ditahan selepas menculik isteri kepada rakannya dalam kejadian di sebuah hotel di Chon Buri, Thailand.

Memetik laporan Thaiger, penangkapan dibuat berikutan terdapat laporan 'orang hilang' yang dilakukan suami kepada wanita terbabit di Balai Polis Ban Pho pada Jumaat lalu.

Menurut suami mangsa, isterinya yang berusia 31 tahun itu diculik oleh rakannya sendiri selepas wanita itu turun dari sebuah bas awam.

Pegawai polis berjaya mengesan mangsa dan suspek menerusi satu video kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di sebuah stesen bas.

Kata pengadu yang berusia 39 tahun itu, suspek sering mengintai dan cuba mengurat isterinya selama bertahun-tahun walaupun mereka sudah pun berkahwin dan memiliki seorang anak bersama.

Bagaimanapun, mangsa bersama penculik berjaya dikesan oleh pihak polis dalam satu serbuan dibuat di sebuah hotel di Koh Chan, Thailand untuk menangkapnya.

Sewaktu serbuan dilakukan, suspek melepaskan tembakan ke arah polis beberapa kali namun tembakannya meleset sasaran.

Bagaimanapun, polis akhirnya berjaya menahannya dan menyelamatkan mangsa dengan selamat.

Menurut pihak polis, suspek akan berhadapan pertuduhan lanjut berkaitan pemilikan senjata api dan melepaskan tembakan, tetapi pegawai masih belum mengeluarkan butiran pertuduhan itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain