PASTINYA remuk hati seorang isteri apabila rumah tangga yang dibina bersama suami akhirnya dikhianati. Begitulah kisah tragis seorang wanita dikenali sebagai Sanlia Novita yang merupakan usahawan terkenal di Indonesia apabila dia menangkap suaminya berlaku curang. Lebih memedihkan hati apabila ketika dicekup, si suami dikatakan sedang melakukan hubungan terlarang bersama kekasih gelapnya di dalam sebuah kereta yang dibeli atas nama Sanlia. Melalui satu video yang tular di laman X, Sanlia dilihat menarik tangan seorang perempuan yang dipercayai merupakan skandal suaminya sambil menghamburkan kata-kata makian. "Seronok awak rampas suami orang? Awak berlaku curang dalam kereta saya. Kereta ini saya yang bayar. "Keluar sekarang!," kata Sanlia kepada wanita terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Yola dan dipecayai merupakan seorang penuntut universiti. Manakala si suami yang senang disapa Alex hanya terdiam memerhatikaan ketegangan yang tercetus di hadapannya. Yola cuba menutup pintu kereta untuk bersembunyi di dalam tetapi dihalang oleh Sanlia yang memaksanya untuk berhadapan dengan dirinya. Video tersebut mendapat perhatian warga maya di platform media sosial Indonesia dengan rata-rata pelayar berpihak kepada Sanlia. "Curang itu satu pilihan bukan kesilapan. Nak curang pun dalam kereta isteri, aduh malunya kalau aku dekat tempat lelaki tu," kata netizen. - Tribunnews.com Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube