suria

Percintaan 11 tahun musnah, isteri dirogol teman baik pada malam perkahwinan

Pasangan pengantin berpisah selepas kejadian tersebut. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki berusia 42 tahun yang mencabul dan menyerang secara seksual isteri rakannya pada malam perkahwinan pasangan terbabit dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan enam sebatan.

Warga Singapura itu, didakwa telah mencabul pengantin perempuan ketika dia sedang tidur di bilik hotel pada pagi selepas jamuan perkahwinan.

Lelaki itu disabitkan pada Mei atas satu pertuduhan setiap satu mencabul dan menyerang seksual, selepas mengaku tidak bersalah atas kesalahan itu.

Semasa perbicaraan yang bermula pada Mac 2020, dia mendakwa telah menyangka mangsa adalah isterinya sendiri dan tidur di sebelahnya di rumah.

Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Ng Yiwen berkata "Tindakan keji tertuduh menyerang mangsa yang sedang tidur merosakkan ingatannya tentang apa yang dimaksudkan sebagai peristiwa yang menggembirakan dan penting baginya."

DPP Ng menambah bahawa lelaki terbabit tidak menunjukkan rasa menyesal walaupun dia tahu bahawa pengantin perempuan telah tersilap percaya bahawa dia adalah suaminya, dan dia terus mencabulnya dengan cara yang paling invasif.

Tiada mana-mana pihak terbabit boleh dinamakan berikutan perintah mahkamah bagi melindungi identiti mangsa yang kini berusia 39 tahun.

Perintah gag itu meliputi nama hotel dan tarikh sebenar pasangan itu berkahwin pada 2016.

Pasangan pengantin baru yang bercinta selama 11 tahun itu berpisah selepas kejadian itu. - Today Online

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain