THAILAND terkenal sebagai syurga makanan kepada penduduk di rantau Asia Tenggara. Baru-baru ini, tular video di laman X menunjukkan seorang tukang masak wanita yang berwajah jelita dan berpakaian seksi. Wanita tersebut yang memakai singlet diilihat lincah menyediakan hidangan di dapur restoran Thailand. Walaupun begitu, perhatian warga maya lebih tertumpu kepada tahap kebersihan tukang masak tersebut yang dianggap sebagai tidak menepati piawaian. Perkara pertama yang dikupas adalah penggunaan sarung tangan. "Kenapa dia pakai sarung tangan sama untuk potong daging dan sayur-sayuran? Ini boleh menyebabkan cross-contamination (pencemaran silang), bakteria daripada bahan mentah masuk ke dalam makanan yang dah dimasak. "Aku nampak dia guna sarung tangan sama ketika memasak untuk sentuh pinggan, sudu dan mangkuk. Jijik sekali!" ulas warga maya. Pelayar seterusnya membincangkan tentang keadaan papan pemotong yang diperhatikan sudah hitam 'berdaki'. "Berapa lama dah dia guna chopping board tu sampai hitam macam tu, entah-entah ada kulat cendawan semua dekat situ. "Jadi hitam macam tu sebab tak cuci betul-betul la maksudnya, setakat ala kadar je," kata warga maya. Netizen seterusnya mengkritik tentang pemakaian mencolok mata tukang masak wanita itu. "Baju terbuka habis, kau boleh bayangkan tak waktu dia 'bersilat' nak memasak tu, berapa banyak air peluh dia dah merecik masuk dalam makanan. Memang perisa tambahan. "Laku keras kedai dia, semua sebab 'aset' dia tersembul sana sini, kalau kedai biasa buat macam ni orang dah geli nak makan," ujar warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube