suria

Mahu uji lelaki baru dikenali ‘tahan godaan’, wanita bermalam di hotel terima padah

Seorang wanita mendakwa dirogol oleh lelaki yang baru dikenalinya. -Gambar hiasan

SEORANG wanita mendakwa dirogol oleh seorang lelaki yang baru dikenalinya secara dalam talian.

Dalam kejadian yang berlaku di China, wanita bernama Zhao dilaporkan berkata, dia bertemu lelaki itu di media sosial pada Ogos tahun lalu, dan menunjukkan keperibadian yang baik.

Zhao, 28, yang tinggal di Wuhan, Hunan berkata, dia pada mulanya tidak bersemangat ketika itu kerana kesan luka yang dihadapinya akibat kemalangan jalan raya baru-baru ini.

“Saya dalam keadaan teruk. Saya tidak mempunyai teman lelaki sebelum ini. Dia kelihatan berbeza dengan lelaki lain pada aplikasi dating kerana tidak bercakap yang erotik dengan saya,” katanya.

Pada pertemuan pertama, lelaki itu mencadangkan untuk pergi ke bar tetapi Zhao enggan jadi dia dihantar pulang ke rumah.

Tiga hari kemudian mereka keluar membeli-belah bersama dan lelaki itu membelikannya pakaian dan kasut.

Lelaki itu mengajaknya untuk bermalam bersama di sebuah hotel. Dia bersetuju kerana mahu 'menguji' lelaki itu.

"Jika dia tidak menyentuh saya sepanjang malam, saya akan dating lagi dengannya," kata Zhao.

Mereka tidur di katil yang sama dan lelaki itu beberapa kali cuba untuk melakukan hubungan intim bersamanya, tetapi Zhao menolaknya.

Namun apabila mereka bangun keesokan paginya, Zhao berkata, lelaki itu merogolnya sebelum dia melaporkan perkara itu kepada polis.

"Saya menangis dan menjerit, tetapi dia tidak berhenti. Saya cuba menghubungi polis, tetapi dia merampas telefon bimbit saya,” katanya.

Menurut polis, lelaki itu dibebaskan dengan ikat jamin sebulan kemudian kerana bukti tidak mencukupi dan kes masih dalam siasatan. - SCMP

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain