LELAKI yang tular 'berkahwin' dengan enam wanita mendedahkan cinta terbaharunya dalam satu hantaran di Instagram. Arthur O Urso agak terbuka tentang hubungannya, termasuk perkahwinannya. Dia mempunyai 208,000 pengikut di media sosial di mana dia berkongsi hidupnya secara terbuka. Menerusi hantaran bulan ini, model Brazil itu membuktikan dia masih mempunyai banyak cinta untuk diberikan. Hantaran itu menunjukkan dia memakai tank top dan seluar pendek di gim. Arthur berkata: "Hubungan posesif dengan dia (gim)! *emoji muka tersenyum*." Dia kemudian menunjukkan bisepnya di hadapan kamera. "Lelaki kacak. Terlalu kacak," demikian antara komen netizen. Sementara itu, seorang pengikut mencetuskan kebimbangan mereka mengenai kekurangan kandungan yang melibatkan isterinya, di laman sosial. "Apa yang berlaku dengan isteri-isteri awak yang 'hilang' dari Instagram, adakah mereka okay? Tolong, saya peminat dan saya bimbang tentang mereka," komen netizen. Terdahulu, Arthur sering berkongsi gambar hidupnya dengan enam wanita. Pada masa ini, Arthur mempunyai seorang isteri, Luana, dan lima lagi 'teman wanita' yang 'dikahwini' dalam majlis yang tidak rasmi. - Daily Star Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube