suria

Suami kantoi ada isteri lain, wanita 8 anak tuntut RM132 juta

Wanita mempunyai lapan anak menyaman suaminya yang berkahwin lain. -Gambar SCMP composite/Baidu

SEORANG wanita berusia 33 tahun menyaman 'suaminya' yang berusia 61 tahun, selepas mengetahui lelaki itu sudah berkahwin lain.

Dalam kejadian di China, wanita yang mempunyai lapan anak hasil hubungannya dengan lelaki itu nekad menyaman sebanyak AS$28 juta (RM132 juta).

Sebelum itu, dia hidup bersama lelaki berkenaan selama 10 tahun, membesarkan lima anak lelaki dan anak perempuan, lapor Star Video.

Wanita itu, yang berasal dari keluarga kaya, mengenali lelaki itu dalam talian ketika dia berusia 23 tahun.

"Dia kata dia bujang, jadi hubungan kami sah," kata wanita dari Sichuan itu kepada Star Video.

Bagaimanapun, kehidupan impiannya musnah tahun lalu apabila mendapati lelaki itu telah berpindah ke luar negara, menyamannya untuk mendapatkan kembali semua aset yang didakwanya diberikan kepadanya.

Keadaan menjadi lebih buruk apabila dia mengetahui bahawa lelaki berkenaan mempunyai isteri lain.

Dia menyaman lelaki itu sekeluarga untuk mendapatkan nafkah bulanan kira-kira AS$28,000 (RM132,370) daripada suaminya kerana dia tidak mampu untuk menjaga anak-anak.

Keluarga lelaki itu menjawab bahawa mereka boleh membesarkan anak-anak sekiranya dia bersedia menyerahkan kesemua, atau jika tidak, mereka akan mendapatkan remedi undang-undang.

"Saya tidak boleh memberikan anak-anak saya kepadanya," kata wanita itu.

Dia kemudian menuduh lelaki itu mengamalkan bigami (beristeri dua) dan membuat tuntutan.

Kes itu dibicarakan pada Oktober tahun lalu dan keputusan belum ditetapkan.

Kisah itu menggemparkan China di media sosial. - SCMP

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain