suria

Wanita bangga tayang bulu ketiak, perlekeh lelaki tiada jambang

Cherry mahu golongan wanita yakin dengan bulu pada tubuh mereka.

POPULAR kerana bulu.

Kedengaran tidak masuk akal, namun itulah yang berlaku terhadap seorang model wanita yang popular kerana keengganannya untuk mencukur bulu ketiak.

Model dikenali sebagai Hairy Cherry itu menggunakan platform media sosial untuk memberi mesej positif kepada wanita agar tidak malu memiliki bulu pada tubuh mereka.

Sehingga kini, model berusia 25 tahun dari Seattle, Amerika Syarikat itu berjaya mengumpul lebih 130,000 pengikut di media sosial.

Menerusi hantaran terbaharu, Cherry berkata dia tidak terlepas menerima pelbagai kritikan termasuklah yang melabelkan dirinya sebagai pengotor.

Cherry turut memerli golongan lelaki yang tidak mampu menyimpan jambang, namun ada hati untuk mengkritik bulu pada badannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita raih pendapatan lebih RM200,000 sebulan, ramai sanggup bayar untuk cium bulu ketiak - “Saya dah tak cukur”

"Lelaki kata saya kotor kerana berbulu, sedangkan mereka nak simpan jambang pun tak mampu. Kebanyakannya lelaki, ada juga wanita, menyuruh saya untuk cukur, memanggil saya pengotor, menganggap saya berbau dan sebagainya.

"Biasanya lelaki selalu fikir wanita berbulu adalah pengotor, tapi mereka tiada masalah dengan lelaki yang berbulu," ujarnya.

Kisah Cherry pernah tular pada tahun 2023 apabila wanita itu meraih pendapatan lumayan dengan melakukan bisnes bulu ketiak.

Cherry meletakkan caj antara £3,000 (RM17,367) sehingga £39,000 (RM225,781) untuk mereka yang berminat dengan bulu badannya.

"Saya dapat macam-macam permintaan pelanggan, ada yang aneh, contohnya mereka minta untuk cium dan hidu bulu ketiak saya.

"Mereka juga akan rakam video saya dari pelbagai sudut. Bulu saya cepat tumbuh, saya dah tak cukur sekarang," ujarnya pada tahun lalu. - Daily Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain