HANYA disebabkan mempunyai dua bentuk cincin pada kaki, seekor burung merpati ditahan pasukan polis India di sebuah pelabuhan di Mumbai. Bukan itu sahaja, burung tersebut turut didakwa sebagai ejen perisikan China kerana cincin yang dipakai membawa perkataan yang kelihatan seperti bahasa negara tersebut. Susulan daripada itu, ia dihantar ke Hospital Binatang Bai Sakarbai Dinshaw Petit Mumbai sebelum dipindahkan ke Persatuan Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwan Bombay. Bagaimanapun, pada Selasa lalu, ia dilepaskan selepas menjadi tahanan selama lapan bulan. Berdasarkan siasatan, burung merpati tersebut adalah burung lumba air terbuka dari Taiwan yang 'melarikan diri' ke India. Dengan kebenaran polis, burung itu, yang doktornya membebaskannya pada hari Selasa. - AP News Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube