SEORANG wanita bertindak membakar jirannya selepas mangsa gagal melunaskan hutang yang dipinjam. Ia berikutan mangsa memberi alasan tidak mempunyai duit tunai dan ingin melangsaikan hutangnya pada hari lain. Berang dengan jawapan yang diberikan, suspek Denise Wylie bertindak menyimbah petrol pada muka dan belakang badang mangsa sebelum membakarnya. Kejadian yang berlaku sekitar pukul 5 petang di pangsapuri Chester Street, New York mengakibatkan mangsa berusia 73 tahun mengalami kecederaan parah dan dikejarkan ke Jabatan Kecemasan Hospital Staten Island. Susulan kejadian, Denise ditahan polis dan didakwa dengan pelbagai pertuduhan termasuk cubaan membunuh, menyerang, melakukan ancaman dan memiliki senjata. -New York Daily Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube