suria

Murid usia 6 tahun dicabul sampai kena jangkitan saluran kencing, penjaga sekolah diburu!

Seorang murid berusia enam tahun dicabul di sekolah. -Gambar hiasan

SEORANG penjaga sekolah kini dalam buruan polis selepas didakwa terlibat dalam beberapa insiden serangan seksual terhadap seorang murid lelaki berusia enam tahun.

Ekoran kejadian yang berlaku di Isaan, Nong Khai di Thailand itu, mangsa mengalami jangkitan saluran kencing.

Apa yang mengejutkan, ketua sekolah dan beberapa guru sebaliknya menyebelahi petugas berkenaan dan mendesak mangsa untuk berhenti sekolah.

Ibu bapa mangsa kemudian mendapat bantuan daripada Yayasan Pavena untuk Kanak-kanak dan Wanita selepas anak lelaki mereka didakwa didera secara seksual di sekolah.

Mereka mendakwa serangan itu berulang kali sejak Mac tahun lalu.

Bagaimanapun perkara itu hanya diketahui pada 30 Januari lalu berikutan mangsa tinggal bersama datuknya di Nong Khai, manakala ibu bapanya menetap berasingan di Chon Buri.

Kanak-kanak itu didakwa mengadu kepada datuknya mengenai kemaluannya sakit.

Mangsa kemudian dibawa ke hospital, dan disahkan menghidap jangkitan saluran kencing.

Dia dimasukkan ke hospital selama dua hari untuk rawatan lanjut.

Difahamkan, penjaga sekolah itu akan mengumpan mangsa dengan membeli makanan ringan atau memberikan 5 baht (67 sen) atau 10 baht (RM1.34) sebelum mengugutnya untuk tidak memberitahu sesiapa mengenai perbuatannya itu.

Setakat ini, polis memberitahu suspek akan ditahan dan dihadapkan ke mahkamah untuk pendakwaan. - Thaiger

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain