suria

Penduduk panik, air sungai tiba-tiba bertukar putih! Bomba sahkan kesan sisa kilang tenusu

Limpahan susu membuatkan anak sungai berubah warna putih.

PENDUDUK setempat di Virginia terkejut apabila melihat air yang mengalir dari anak sungai berhampiran mereka bertukar putih.

Bertindak pantas atas aduan yang diterima, anggota bomba melancarkan operasi sebelum mendapati ia berpunca daripada limpahan susu.

Jabatan Bomba Lynchburg berkata, bahawa kru menjawab panggilan 911 mengenai anak sungai berhampiran Jalan Hendricks yang telah bertukar warna putih.

"Tidak lama kemudian, penyiasat mendapati warna putih itu disebabkan sisa susu dari kilang Westover Dairy," ujarnya.

Jabatan itu berkata, saluran longkang tersumbat di loji itu menyebabkan susu melimpah ke dalam pembetung dan mengalir ke anak sungai.

Ia bagaimanapun telah dibersihkan dan pihak jabatan pencemaran mengesahkan tiada ancaman kesihatan awam daripada sisa susu. - UPI

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain