suria

Jatuh tebing setinggi 20 meter ketika bercuti di luar negara, jururawat kecewa syarikat insurans tak mahu tanggung bil hospital

Pelancong berdepan kos tinggi sekiranya terlibat kemalangan di luar negara. -Gambar hiasan 123RF.com

SEORANG jururawat Britain mendakwa dia terpaksa menanggung semua kos perubatan selepas terlibat dalam kemalangan ngeri ketika bercuti di Thailand.

Kerry Hughes, 35, terjatuh dari tebing bukit setinggi 20 meter ketika dia sedang menunggang sebuah skuter di pulau Koh Lanta pada 22 Januari lalu.

Bagaimanapun, dia mendakwa tuntutan insuransnya ditolak.

Dakwanya, permohonan itu ditolak oleh syarikat insurans kerana skuter yang ditunggangnya ketika kejadian berkenaan dikelaskan sebagai motosikal.

"Saya diberitahu bahawa saya dibawa ke klinik tempatan di pulau itu sebelum dipindahkan ke hospital di tanah besar untuk rawatan dan siasatan.

Supplied

Kerry Hughes cedera selepas terlibat dalam kemalangan ngeri di Thailand.

"Saya dimasukkan ke unit rawatan tapi (ICU) selama beberapa hari, kemudian mendapat e-mel daripada insurans mengatakan mereka menolak tuntutan saya," dakwanya.

Menurut wanita itu, dia kecewa dengan apa yang berlaku memandangkan dia mengalami kecederaan yang sangat teruk.

"Saya sangat kecewa apabila mendapat tahu bahawa insurans tidak akan menanggung bil hospital saya.

"Saya mengalami luka besar di muka saya yang memerlukan jahitan, sakit belakang yang teruk, kecederaan kepala dengan pendarahan belakang kepala.

"Hidung saya yang patah memerlukan pembedahan dan saya turut mengalami luka di lutut kiri saya," ujarnya lagi. - Mirror.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan