suria

2 wanita ‘berperang’ tarik rambut depan hotel, payudara terdedah ketika sedang bergelut

Dua wanita bergaduh di hadapan sebuah hotel di Miami. -Gambar Jam Press Vid

VIDEO pergaduhan antara dua wanita di hadapan sebuah hotel di Miami, Florida tular di media sosial.

Menerusi video yang tersebar, seorang wanita yang memakai seluar putih dilihat memulakan pergaduhan itu.

Tidak tahu apa puncanya, dia menyerang seorang wanita yang berpakaian serba hitam ketika mereka berjalan keluar dari kawasan lobi.

Turut kelihatan seorang pekerja hotel cuba untuk membantu ketika mereka saling bertumbuk dan menarik rambut masing-masing.

Ketika pergelutan itu, baju salah seorang wanita yang sedang bergaduh tertarik ke bawah sehingga mendedahkan payudaranya.

Kasut serta barangan yang dibawa oleh dua wanita itu juga kelihatan berselerak di atas lantai.

Pergaduhan itu akhirnya berjaya dileraikan selepas tiga lagi pekerja hotel datang membantu.

Difahamkan, hotel tersebut mengenakan bayaran RM5,959 (£1,000) untuk penginapan satu malam.

Tidak dapat dipastikan sekiranya kedua-dua mereka menginap di hotel itu, malah tiada sebarang butiran lanjut didedahkan tentang kejadian tersebut. - Daily Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain