BAGI mengelakkan diri daripada membayar semula wang yang dipinjam, seorang wanita sanggup menikam perutnya dan mereka cerita tentang senario pembunuhan. Dia yang berusia 38 tahun kemudiannya dibawa ke hospital oleh seorang wanita yang merupakan pesara guru. Pada masa kejadian, dia mendakwa telah diserang oleh dua orang lelaki tidak dikenali yang mahu membunuhnya di daerah Satuek di Buriram, Thailand. Malah katanya, salah seorang lelaki terbabit bertindak mencekik lehernya manakala seorang lagi menikam perut. Dia turut mendakwa tidak dapat mengenal pasti penyerang kerana kedua-dua mereka menutup muka. Dalam pada itu, pegawai polis dari Balai Polis Satuek menyatakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian tidak memaparkan insiden seperti yang didakwa wanita terbabit. Susulan daripada itu, mereka sekali lagi menyoalnya sehingga dia mengakui telah mengada-adakan cerita bagi menyelesaikan masalah kewangan. - Thaiger Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube