HAIWAN peliharaan semestinya dianggap sebagai ahli keluarga. Malah ramai yang sanggup berkorban demi memberikan keselesaan kepada haiwan kesayangan. Seperti budak perempuan berusia 12 tahun ini, dia bergegas menangkap ular sawa yang cuba memakan pig guenea. Semasa kejadian, dia berada di laman belakang rumahnya di Australia dan melihat ular sepanjang 2.4 meter menangkap haiwan kesayangan. Bertindak pantas, dia menangkap ekor ular tersebut dan menghayunkannya beberapa kali bagi melonggarkan cengkaman pada pig guinea. Tindakan yang dilakukan itu berjaya menyelamatkan haiwan kesayangannya. Berkongsi cerita, bapanya berkata, dia menjerit sepanjang tempoh menyelamatkan pig guena terbabit kerana ketakutan. - ABC7 news Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube