suria

Isteri umur 71 tahun tekup muka suami dengan bantal, gigit sampai luka... Marah sebab kekasih lama hantar poskad

Mencederakan pasangan dengan segaja adalah satu jenayah. -Gambar hiasan

SEORANG wanita ditangkap polis selepas berdepan tuduhan mencederakan pasangan akibat pertengkaran yang berlaku di di Pantai Miami Utara, Florida minggu lalu.

Menerusi laporan WTVJ, pegawai Jabatan Polis Miami Utara dipanggil ke rumah suspek pada Ahad sekitar pukul 4 petang di alamat blok 3500 Northwest atas aduan keganasan domestik.

Menurut cerita lelaki yang menjadi mangsa kejadian, teman wanita berusia 60 tahun menghantar poskad kepadanya dalam mel membuatkan isterinya Bertha Yalter kecewa dan marah.

Menurut laporan tangkapan yang diperoleh WPLG, Yalter berusia 71 tahun itu didakwa cuba menekup lelaki itu dengan bantal lalu menggigit dan memukulnya.

Suspek ditangkap dan berdepan beberapa pertuduhan termasuk cubaan membunuh dan mencederakan mangsa yang mengalami lebam dan luka serius.

Untuk rekod, pasangan itu telah berkahwin 50 tahun lalu. -KIRO7

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain