suria

Isteri polis panjat dinding bilik air, malu ditangkap keluarga sendiri selepas kantoi curang

Wanita terbabit ditahan ketika memanjat dinding bilik air.

SEORANG wanita sanggup memanjat dinding bilik air bagi mengelakkan diri ditangkap bersama kekasihnya.

Memetik laporan Kumparan News, kejadian tersebut berlaku di sebuah rumah di Jalan Sungai Kelara, Sulawesi Selatan di Indonesia.

Semasa kejadian, wanita yang merupakan isteri seorang pegawai polis cuba melarikan diri selepas mendapati rumah yang didiami bersama kekasihnya itu diserbu oleh keluarganya sendiri.

Bagaimanapun, usahanya gagal apabila dia berjaya ditangkap dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Terdahulu, serbuan tersebut dibuat selepas suaminya memaklumkan tentang kecurangan yang dilakukan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain