suria

Wanita hilang keupayaan kekal akibat digari ketika strok, dibiar tanpa rawatan lebih 24 jam

Wanita ditahan ketika sedang mengalami strok.

SEORANG wanita yang mengalami strok ketika memandu, telah hilang keupayaan kekal akibat tidak mendapat bantuan perubatan selama lebih 24 jam selepas ditahan polis kerana disyaki mabuk.

Nicole McClure, dari Washington, AS, turut mendakwa dirinya diejek oleh kakitangan penjara kerana mabuk sedangkan dia mengalami pendarahan otak dan hanya dibawa ke hospital beberapa jam selepas tidak bertindak balas dalam bekas takungan air kencingnya sendiri.

Susulan daripada itu, dia memfailkan saman terhadap polis Daerah Thurston susulan kecederaan otak traumatik yang teruk seumur hidup.

Menurut tuntutan mahkamah, wanita berusia 38 tahun itu telah meninggalkan kerja lebih awal pada 22 Mac 2022, selepas mengalami sakit kepala dan pening.

Semasa dalam perjalanan pulang, anggota polis bernama Jonathan Barnes cuba menahannya disebabkan pemanduan yang perlahan serta terkeluar lorong.

Bagaimanapun dia tidak berhenti sehinggalah keretanya merempuh bulatan dan gagal berfungsi. Rakaman dashcam menunjukkan Barnes bergegas ke kenderaan dengan pistolnya diacukan ke arah Nicole sambil menjerit kepadanya untuk keluar dari kereta.

Malah dia menuduh Nicole menentang penahanan kerana tidak menjawab permintaannya untuk menjatuhkan kunci kereta.

Rakaman yang sama turut menunjukkan dia menghempas wanita terbabit ke atas bumbung keretanya dan terus menggari tanpa menjalankan sebarang ujian dadah atau alkohol di tempat kejadian. - Daily Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain