suria

Cemburu kakak dapat perhatian lebih, budak lelaki buat laporan polis… Sanggup jalan kaki lebih 1km

Kanak-kanak terbabit menceritakan situasi yang dialami kepada anggota polis.

TERABAI secara emosi boleh memberikan impak yang sangat negatif terhadap seseorang.

Begitulah yang dialami seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun apabila dia merasakan kedua-dua orang tuanya memberi kasih sayang dan perhatian lebih kepada kakaknya.

Dia yang berasa kecewa dengan situasi tersebut telah membuat aduan sebanyak lapan kali di balai polis, dalam tempoh setahun.

Memetik laporan South China Morning Post, kanak-kanak dari wilayah Hunan di selatan China itu sanggup berjalan sejauh satu kilometer dari rumahnya ke balai polis terdekat untuk melaporkan keluhannya.

Terbaru, dia telah membuat aduan pada pukul 3 petang, 28 Januari lalu selepas berasa marah dan sedih kerana bapanya lebih memilih kakaknya.

Dalam klip video tersebut, budak lelaki itu dilihat duduk di sebelah seorang anggota polis beruniform sambil menangis, marah dan mencurahkan keluhannya.

Malah dia tidak memakai kot dalam keadaan cuaca yang sejuk sebaliknya hanya mengenakan baju nipis ketika ‘melarikan diri’.

Terdahulu, ibunya mengesahkan dia telah melaporkan rungutan yang sama kepada polis sebanyak lapan kali.

Ibu bapanya turut mengakui mereka sibuk bekerja dan mungkin tidak menunjukkan cukup pertimbangan terhadap perasaan anak lelaki mereka.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain